Fibroid adalah ketumbuhan (benign: bukan kanser) yang tumbuh di dalam lapisan otot di rahim (uterus). Ia juga dikenali sebagai Uterine Fibroids, Myomas atau Fibromyomas. Fibroid juga adalah ketumbuhan di dalam otot (smooth muscle) dan tisu (fibrous tissue).
Fibroid terjadi kepada sekurang-kurangnya 20% wanita di dunia dan wanita yang berusia di antara 30 dan 50 tahun mempunyai kemungkinan yang besar untuk mendapat fibroid. Wanita yang mempunyai berat berlebihan dan obes mempunyai risiko yang amat besar untuk mendapat penyakit ini berbanding wanita yang mempunyai berat normal.
Malignant (ketumbuhan kanser) yang tumbuh di dalam otot (smooth muscles) di dalam rahim dipanggil leiomyosarcoma rahim. Bagaimanapun, ini jarang terjadi.
Apakah simptom-simptom penyakit ini?
Kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom. Oleh sebab itu, ramai pesakit tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit ini. Namun, simptom-simptom yang terjadi termasuklah:
- Anemia (disebabkan haid yang banyak)
- Sakit belakang
- Sembelit
- Tidak selesa di bahagian bawah abdomen (terutamanya jika fibroid tersebut besar)
- Kerap membuang air kecil
- Haid yang sangat sakit
- Sakit di kaki
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Bengkak di bahagian bawah abdomen (terutamanya jika fibroid tersebut besar)
Simptom lain termasuklah:
- Masalah untuk bersalin
- Masalah kehamilan
- Masalah kesuburan
- Kerap keguguran
Apakah yang menyebabkan fibroid?
Sebabnya tidak dapat dipastikan. Semasa tahun pembiakan wanita (woman's reproductive years), tahap estrogen dan progesteron adalah tinggi. Apabila tahap estrogen ini tinggi, terutamanya ketika hamil, fibroid cenderung untuk membengkak. Apabila tahap estrogen rendah, fibroid akan mengecut, contohnya ketika wanita menopaus.


Comments
Post a Comment