Skip to main content

Apa itu KENTUT VAGINA?




Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj (episotomi).. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.



Antara punca kentut vagina

  • kelemahan pada otot-otot kemut terutama kepada wanita yang telah melahirkan ramai anak atau baru lepas bersalin
  • mengalami masalah jatuh peranakan
  • tidak dapat mengawal kencing
  • mengamalkan hubungan sek yang melampau



Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin

Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.

Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula.



 


Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:

1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil

2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.

4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat





 

Comments