Skip to main content

Apa Itu Multiple Sclerosis (MS) atau Sklerosis



Multiple Sclerosis (MS) atau Sklerosis berbilang adalah sejenis penyakit autoimunisasi yang menyerang saraf pusat otak dan sumsum tulang belakang (spinal cord). Sklerosis berbilang berpunca oleh kerosakan myelin iaitu pelindung yang mengelilingi saraf pada sistem saraf pusat.

Myelin adalah sejenis lemak (lipid) yang melindungi saraf, berfungsi seperti lapisan pelindung pada kabel elektrik dan memudahkan saraf untuk menghantar impulsnya dengan cepat.


Gejala-gejala awal
  • Penglihatan kabur atau berganda
  • Masalah untuk berfikir
  • Cemerkap atau kurang koordinasi
  • Hilang keseimbangan
  • Rasa kebas pada sendi-sendi
  • Rasa berdenyut-denyut
  • Rasa lemah pada lengan atau kaki


Penghidap sklerosis berbilang kerap berkata mereka akan mengalami kesemutan. Mereka juga turut berasa kebas, kegatalan rasa membahang, atau rasa mencucuk pada tubuh. Kira-kira separuh daripada penghidap sklerosis berbilang mengalami gejala-gejala yang tidak menyenangkan ini. Mujurlah, apa yang mereka alami ini boleh di rawat.

Comments