Cyst ovari adalah seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakan cyst tidak merbahaya. Namun, Jika dibiarkan ianya dapat menimbulkan masalah, bermula dari rasa sakit ketika haid, cyst mula pecah, pendarahan, hingga penyakit serius, seperti terlilitnya batang ovari, gangguan kehamilan, kemandulan hingga menyebabkan terjadi kanser endometrium.
PERBEZAAN CYST DENGAN MIOMA
Cyst berbeza dengan mioma. Cyst berbentuk cairan, sedangkan mioma berbentuk ketulan keras (tumor). Cyst biasanya tumbuh dalam ovari wanita, manakala mioma pula pada dinding rahim wanita. Pada keadaan ini, seorang wanita mampu mengalami samada cyst dan juga Mioma dalam masa yang sama serentak.
BAGAIMANA CYST TERBENTUK
Wanita normal biasanya memiliki dua ovari berukuran sebesar kacang walnut di sisi kiri & kanan rahim. Masing-masing ovari menghasilkan satu telur yang terbungkus dalam folikel (kantung). Ketika telur keluar, hormon estrogen akan memberi signal kepada rahim. Pada gilirannya, lapisan rahim bertukar menebal dan mengeluarkan telur untuk digabungkan dengan sperma ( proses kehamilan). Bila telur tidak bercantum dengan sperma, maka seluruh isi rahim akan dikeluarkan dalam bentuk haid bulanan.
Jika folikel gagal untuk pecah dan melepaskan telur, cairannya tetap tinggal dan dapat membentuk kista kecil ( lebih kecil dari 4 cm). Ini normal terjadi dan biasanya terjadi pada salah satu ovari. Kondisi ini disebut sebagai cyst yang normal, biasanya akan hilang dengan sendirinya, dan tidak perlu dirawat.
PENYEBAB CYST OVARI
Beberapa faktor risiko berkembangnya Cyst ovari terhadap individu wanita yang memiliki:
– Sejarah Cyst ovari terdahulu
– Kitaran haid tidak teratur
– perut buncit
– Haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda)
– Susah untuk hamil
– pesakit hipotiroid
– penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi (tamoxifen)
– Kitaran haid tidak teratur
– perut buncit
– Haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda)
– Susah untuk hamil
– pesakit hipotiroid
– penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi (tamoxifen)
GEJALA DAN DIAGNOS CYST OVARI
Cyst ovari biasanya tidak menunjukkan tanda dan tidak mudah untuk dikesan melalui USG ketika pemeriksaan rutin kandungan. Namun, beberapa individu dapat mengalami gejala ini :
– Terasa senak di bahagian perut bawah atau sakit panggul yang timbul tenggelam dan tiba-tiba menusuk
– Kitaran haid tidak teratur
– perut bawah sering terasa penuh atau tertekan
– Pedih/sakit yang luar biasa ketika haid, bahkan terasa hingga ke pinggang belakang
– Pedih pinggul setelah latihan olahraga atau senggama
– Mual dan muntah
– Rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina
– Kitaran haid tidak teratur
– perut bawah sering terasa penuh atau tertekan
– Pedih/sakit yang luar biasa ketika haid, bahkan terasa hingga ke pinggang belakang
– Pedih pinggul setelah latihan olahraga atau senggama
– Mual dan muntah
– Rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina
Biasanya kebanyakan wanita akan membuat pemeriksaan diri kepada doktor apabila rasa sakit sudah tidak tertahan, pengsan secara tiba-tiba, ataupun mengalami pendarahan yang luar biasa hingga anemia.
Doktor pakar bahagian kehamilan (Obsgyn), biasanya akan melakukan ujian bermula dari USG, CT Scan, test darah, seperti CA125 – ovari tumor marker test, ataupun ujian kehamilan untuk mengenal pasti kehamilan.
KAEDAH MERAWAT CYST OVARI
Hasil dari kajian menemukan bahawa penggunaan mencegah kehamilan (pil KB) dapat menurunkan risiko terkena cyst ovari, kerana mencegah ovari menghasilkan telur.
Cyst yang besar bentuknya dan lama berada dalam badan biasanya memerlukan rawatan untuk membuangnya.
Selain itu, wanita menopause yang memiliki cyst ovari juga disarankan membuat rawatan membuangnya bagi mengurangkan risiko terjadinya kanser ovari. Wanita berusia 50-70 tahun memiliki risiko cukup besar terkena kanser jenis ini.
Bila kesan Cyst ini dibuang maka rawatan ini disebut ovarian cystectomy. Bila pembedahan membuang seluruh ovari termasuk tube fallopio, maka disebut salpingoo-ophorectomy.
Faktor-faktor yang menentukan kaedah pembedahan adalah bergantung pada usia pesakit, keinginan pesakit untuk memiliki anak, kondisi ovari dan jenis Cyst.
Cyst ovari yang menyebabkan posisi batang ovarium terlilit (twisted) dan menghentikan pengaliran darah ke ovarium, memerlukan tindakan segera bg pembedahan (emergency surgery) untuk mengembalikan posisi ovari.
PENAWAR CYST
Bagi wanita dengan cyst ovari yang lama yang ingin menggunakan ubat herba bagi rawatan cyst ovarinya, dapat menggunakan Teh Daun Belalai Gajah Asziemi Herb's – suatu ramuan herba (100% ASLI) yang mengandung ekstrak daun belalai gajah dan bahan semulajadi bagi membantu membuang toksin yang ada pada bahagian jaringan darah dan meningkatkan daya ketahan tubuh pesakit.
Ramuan ini mengandungi kadar antioksidan yang tinggi, yang berfungsi merencatkan perkembangan sel tumor, melemahkan sel tumor tanpa merosakkan jaringan sekitarnya dan melawan pertumbuhan sel tumor.
CYST DAN KEHAMILAN
Cyst ovari berukuran kecil biasanya tidak membahayakan janin dan tidak berisiko menimbulkan komplikasi pada kehamilan.
Cyst ovari berukuran besar (6-8 cm) dapat menimbulkan masalah bagi ibu yang sedang hamil. Kadang-kadang, cyst ini tumbuh pada batang yang berbelit dan pecah, menyebabkan rasa sakit pada Ibu. Meskipun substansi yang pecah ini tidak membahayakan pertumbuhan janin, namun rasa sakit yang luar biasa boleh menyebabkan kelahiran pramatang ataupun keguguran.
Doktor biasanya akan memberikan ubat tahan sakit yang sesuai bagi Ibu dan janin sambil terus membuat pemerhatian pada cyst tersebut. Biasanya cyst mengecil dan menghilang dengan sendirinya pada trimester kedua kehamilan. Jika tiada juga tanda-tanda mengecil ataupun pecah, operasi pembedahan mungkin disarankan.





Comments
Post a Comment