Skip to main content

ENDOMETRIOSIS PUNCA SUKAR HAMIL??




🌱🌱Peringatan bagi wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .

🌱🌱Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya keguguran yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan dengan penyakit "endometriosis".

🌱🌱Endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Sehingga kini saintis masih belum berhasil mengenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi.

🌱🌱 Antaranya dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid.

🌱🌱Berikut adalah antara beberapa tanda dan gejala (Jika ada):

🌾Nyeri luar biasa ketika haid dan semakin lama nyeri akan menjadi semakin kuat
🌾Rasa nyeri pada daerah pinggul dan sekitar tulang ekor
🌾Nyeri dibahagian atas perut
Nyeri ketika berhubungan intim atau setelahnya.
🌾Nyeri ketika pergerakan usus atau membuang air ketika haid
🌾Perdarahan abnormal diantara kitaran haid
🌾Sukar hamil.
🌾Rasa mudah letih dan lelah
🌾Mual, muntah, susah buang air besar, cirit ketika haid.

Comments