Skip to main content

Kenapa Period Tidak Teratur

APA YANG BERLAKU SEMASA PERIOD?



Pada hari pertama darah period keluar, ovari akan menyediakan telur untuk dibebaskan.
Telur ini akan melalui proses untuk matang dan pada masa yang sama dinding rahim akan mula menebal untuk menyediakan rahim untuk fetus sekiranya telur bersenyawa dengan sperma.
Pada hari ke- 14 dari cycle 28 hari, telur ini dibebaskan dan melalui tiub fallopio menuju ke arah rahim. Jika telur tidak bersenyawa dengan sperma, telur dan dinding rahim yang menebal tadi akan mula jatuh sebagai darah period.
Masalah Period Tidak Teratur

KENAPA PERIOD TAK TERATUR

Period tak teratur boleh disebabkan oleh banyak sebab. Berikut saya kongsikan beberapa sebab period tak teratur:
Hamil
Kadang- kadang period boleh jadi tak datang sebab kita pregnant. Ujian UPT boleh jadi negatif sebab UPT tak berapa sensitif untuk mengesan hormon Hcg yang dibebaskan oleh fetus. Cara terbaik untuk pastikan hamil atau tidak, adalah dengan membuat ujian darah di klinik atau hospital.
Ujian darah boleh sahkan sama ada kita hamil, atau tidak.
Stress
Kebanyakan wanita dan remaja perempuan mengalami masalah period tidak teratur disebabkan oleh stress. Cortisol iaitu sejenis hormon stress mempunyai kesan secara langsung dengan hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh tubuh kita.
Cortisol yang terlalu banyak akibat stress boleh memepengaruhi cycle period.
Pemakanan
Berat tubuh kita juga memainkan peranan dalam masalah period tidak teratur. Jika kita makan terlalu banyak makanan rapu atau naik terlalu banyak berat badan, tubuh kita akan mempengaruhi beberapa hormon dan mengganggu waktu kesuburan.
Pil Perancang Kehamilan
Terdapat pil perancang kehamilan yang akan mengganggu cycle period. Implanon juga sangat terkenal dengan masalah mengganggu hormon wanita.


PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)


PCOS ialah apabila cyst (ketumbuhan) terbentuk di ovari dan mengganggu gerak kerja ovari. Cyst menyebabkan telur tidak dapat melalui proses matang di ovari. Bila telur tidak matang, telur tidak dapat dibebaskan.

Comments