.
Daun belalai gajah atau nama lainnya Sabah Snake Grass malah juga dikenali sebagai You Dun Chao atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
.
Kajian yang dijalankan mendapati daun ini tidak mengandungi toksik malah mengandungi flavonoid yang tinggi dan pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh termasuklah vitamin dan asid amino.
.
Daun belalai gajah mempunyai antioksidan yang tinggi yang mana sangat membantu dalam melawan sel-sel kanser dan pada masa yang sama mengekalkan sel normal yang sihat dalam badan.
.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, daun belalai gajah terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Anti oksida berfungsi melawan radikal bebas dalam badan.
.
Ditambah lagi dengan kajian dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia, daun ini dapat melambatkan pertumbuhan sel kanser.
.
.
Manfaat Daun Belalai Gajah
.
Dikatakan dahulu, penghidap kanser perlu memakan daun ini sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha melawan sel kanser.

Comments
Post a Comment