Sumber: www.utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Dis. – Gaya hidup tidak sihat terutama tabiat merokok dan pengambilan makanan berlemak adalah punca utama seseorang menghidap penyakit barah usus yang merupakan pembunuh keempat tertinggi di negara ini sejak 10 tahun lalu.

HILMI YAHYA
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, statistik Fakta Kesihatan 2014 bagi tahun 2005 hingga 2014 menunjukkan penyakit barah merupakan penyebab kematian keempat tertinggi di hospital kerajaan atau 12.12 peratus daripada jumlah kematian.
Menurut beliau, antara faktor lain penyebab barah adalah genetik, peningkatan umur, pengambilan makanan yang rendah serat, kurang bersenam, pengambilan alkohol dan obesiti.
“Secara amnya, barah usus adalah barah yang menyerang usus besar iaitu kolon serta rektum dan merupakan kanser kedua tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia selepas kanser payu dara.
“Daripada laporan oleh Pendaftar Kanser Kebangsaan, sejumlah 2,263 kes didaftarkan iaitu 12.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negara ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini..
Beliau berkata, Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang mencatatkan jumlah pesakit kanser tertinggi berbanding negeri-negeri lain dan daripada jumlah itu, kaum wanita lebih ramai daripada lelaki.
Katanya, kebanyakan kematian akibat kanser adalah kerana penyakit tersebut lewat dikesan menyebabkan pesakit yang menghidap barah tahap keempat sukar dirawat dan dipulihkan.
“Kami (kementerian) jalankan kempen dengan mengedar risalah di klinik-klinik tertentu dan ia akan diperluaskan.
“Orang ramai dinasihatkan ormengamalkan gaya hidup sihat, sentiasa bersenam serta mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang,” katanya.
Comments
Post a Comment