Skip to main content

Apa itu Cyst Ovary?

Cyst ovari adalah seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakan cyst tidak merbahaya. Namun, Jika dibiarkan ianya dapat menimbulkan masalah, bermula dari rasa sakit ketika haid, cyst mula pecah, pendarahan, hingga penyakit serius, seperti terlilitnya batang ovari, gangguan kehamilan, kemandulan hingga menyebabkan terjadi kanser endometrium.

PERBEZAAN CYST DENGAN MIOMA

Cyst berbeza dengan mioma. Cyst berbentuk cairan, sedangkan mioma berbentuk ketulan keras (tumor). Cyst biasanya tumbuh dalam ovari wanita, manakala mioma pula pada dinding rahim wanita. Pada keadaan ini, seorang wanita mampu mengalami samada cyst dan juga Mioma dalam masa yang sama serentak.

BAGAIMANA CYST TERBENTUK

Wanita normal biasanya memiliki dua ovari berukuran sebesar kacang walnut di sisi kiri & kanan rahim. Masing-masing ovari menghasilkan satu telur yang terbungkus dalam folikel (kantung). Ketika telur keluar, hormon estrogen akan memberi signal kepada rahim. Pada gilirannya, lapisan rahim bertukar menebal dan mengeluarkan telur untuk digabungkan dengan sperma ( proses kehamilan). Bila telur tidak bercantum dengan sperma, maka seluruh isi rahim akan dikeluarkan dalam bentuk haid bulanan.
Jika folikel gagal untuk pecah dan melepaskan telur, cairannya tetap tinggal dan dapat membentuk kista kecil ( lebih kecil dari 4 cm). Ini normal terjadi dan biasanya terjadi pada salah satu ovari. Kondisi ini disebut sebagai cyst yang normal, biasanya akan hilang dengan sendirinya, dan tidak perlu dirawat.



JENIS-JENIS CYST OVARI

Cyst Corpus Luteum:
Jenis ini, adalah yang paling umum terjadi kepada kebanyakan wanita, biasanya tidak ada tanda dan berukuran 2-6 cm diameternya. Ketika telur keluar dari ovari ke rahim, maka folikel dapat terkunci dan terisi darah ataupun cairan. Inilah yang membentuk cyst jenis ini. Bilamana ukurannya membesar dan menyebabkan bahagian ovarium terlilit (twisted),ini dapat menimbulkan rasa sakit yang luar biasa, dan memerlukan rawatan segera
Cyst hemorrhagic:
Timbulnya pendarahan dalam cyst. Tandanya adalah terasa senak dan perit di bahagian perut.
Cyst dermoid:
Jenis ini biasanya menyerang wanita berusia lebih muda dan dapat tumbuh besar (15 cm) dan berisi tidak hanya cairan, tapi juga lemak, jaringan tulang ataupun tulang rawan. Jenis ini dapat meradang dan menyebabkan posisi tube fallopi terlilit (torted/twisted).


Cyst Endometrium:
Disebut juga endometriosis. Jenis ini terjadi ketika jaringan lapisan rahim (endometrial) hadir dalam ovarium wanita. Biasanya berisi darah berwarna coklat, dan ukurannya berkisar antara 2 cm hingga 20 cm. ianya boleh menyerang wanita yang berusia sekitar 16-27, menimbulkan rasa sakit yang luar biasa ketika haid, dan mengganggu kesuburan (fertilitas).
Cyst denoma:
Cyst ini terjadi bila tumor terbentuk dari jaringan ovari. Tumor jenis ini biasanya berisi cairan dan berukuran sangat besar, bahkan sehingga 30cm atau lebih diameternya.
Polycystic-appearing ovary:
Suatu kondisi dimana Cyst kecil terbentuk disekeliling luar ovarium. Keadaab ini akan terjadi pada wanita normal, mahupun pada wanita yang mengalami gangguan hormon endokrin.
Sindrom Polisistik Ovari (Polycystic Ovarian Syndrom – PCOS):
PCOS adalah satu kondisi dimana terdapat banyak Cyst dalam ovari. Hal ini terjadi kerana ovari mengeluarkan hormone androgen secara berlebihan, dan juga boleh berlaku disebabkan kerana factor genetic (keturunan).
PCOS memiliki tanda seperti bulu lebat tumbuh, wajah berjerawat, ataupun gangguan kitaran haid. Komplikasinya akan meningkat risiko penyakit jantung, kolestrol, Diabetes Mellitus tahap 2 mahupun tekanan darah tinggi sebagai akibat gangguan pada insulin. Selain itu juga dapat meningkatkan risiko kanser endometrium bila jarak antara tempoh datangnya haid sekitar/lebih 60 hari.
Penyakit PCOS ini, juga seringkali dikaitkan dengan kemandulan, meningkatnya risiko keguguran & komplikasi kehamilan, dan pendarahan di luar kitaran haid.
Sayangnya, penyakit ini sangat biasa terjadi, iaitu sekitar 4-7% terhadap wanita yang dalam lingkungan 16-27 tahun.


Gambar Ovari dengan Sindrom PCOS

PENYEBAB CYST OVARI

Beberapa faktor risiko berkembangnya Cyst ovari terhadap individu wanita yang memiliki:
– Sejarah Cyst ovari terdahulu
– Kitaran haid tidak teratur
– perut buncit
– Haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda)
– Susah untuk hamil
– pesakit hipotiroid
– penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi (tamoxifen)


GEJALA DAN DIAGNOS CYST OVARI

Cyst ovari biasanya tidak menunjukkan tanda dan tidak mudah untuk dikesan melalui USG ketika pemeriksaan rutin kandungan. Namun, beberapa individu dapat mengalami gejala ini :

– Terasa senak di bahagian perut bawah atau sakit panggul yang timbul tenggelam dan tiba-tiba menusuk
– Kitaran haid tidak teratur
– perut bawah sering terasa penuh atau tertekan
– Pedih/sakit yang luar biasa ketika haid, bahkan terasa hingga ke pinggang belakang
– Pedih pinggul setelah latihan olahraga atau senggama
– Mual dan muntah
– Rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina

Biasanya kebanyakan wanita akan membuat pemeriksaan diri kepada doktor apabila rasa sakit sudah tidak tertahan, pengsan secara tiba-tiba, ataupun mengalami pendarahan yang luar biasa hingga anemia.
Doktor pakar bahagian kehamilan (Obsgyn), biasanya akan melakukan ujian bermula dari USG, CT Scan, test darah, seperti CA125 – ovari tumor marker test, ataupun ujian kehamilan untuk mengenal pasti kehamilan.

KAEDAH MERAWAT CYST OVARI

Hasil dari kajian menemukan bahawa penggunaan mencegah kehamilan (pil KB) dapat menurunkan risiko terkena cyst ovari, kerana mencegah ovari menghasilkan telur.
Cyst yang besar bentuknya dan lama berada dalam badan biasanya memerlukan rawatan untuk membuangnya.
Selain itu, wanita menopause yang memiliki cyst ovari juga disarankan membuat rawatan membuangnya bagi mengurangkan risiko terjadinya kanser ovari. Wanita berusia 50-70 tahun memiliki risiko cukup besar terkena kanser jenis ini.
Bila kesan Cyst ini dibuang maka rawatan ini disebut ovarian cystectomy. Bila pembedahan membuang seluruh ovari termasuk tube fallopio, maka disebut salpingoo-ophorectomy.
Faktor-faktor yang menentukan kaedah pembedahan adalah bergantung pada usia pesakit, keinginan pesakit untuk memiliki anak, kondisi ovari dan jenis Cyst.
Cyst ovari yang menyebabkan posisi batang ovarium terlilit (twisted) dan menghentikan pengaliran darah ke ovarium, memerlukan tindakan segera bg pembedahan (emergency surgery) untuk mengembalikan posisi ovari.
Bagi wanita dengan cyst ovari yang lama yang ingin menggunakan ubat herba bagi rawatan cyst ovarinya, dapat menggunakan Typhonium Flagelliforme – suatu ramuan herba (100% ASLI) yang mengandung ekstrak Typhonium Flagelliforme (tanaman Keladi Tikus) dan bahan semulajadi bagi membantu membuang toksix yang ada pada bahagian jaringan darah dan meningkatkan daya ketahan tubuh pesakit.
Ramuan ini mengandung Ribosome inacting protein (RIP), yang berfungsi merencatkan perkembangan sel tumor, melemahkan sel tumor tanpa merosakkan jaringan sekitarnya dan melawan pertumbuhan sel tumor.
Typhonium Flagelliforme dapat diminum dengan dos 2 kapsul 2 kali sehari, lihat testimoni pesakit yang menderita cyst dan sudah sembuh selepas menggunakan Typhonium Flagelliforme.


CYST DAN KEHAMILAN

Cyst ovari berukuran kecil biasanya tidak membahayakan janin dan tidak berisiko menimbulkan komplikasi pada kehamilan.
Cyst ovari berukuran besar (6-8 cm) dapat menimbulkan masalah bagi ibu yang sedang hamil. Kadang-kadang, cyst ini tumbuh pada batang yang berbelit dan pecah, menyebabkan rasa sakit pada Ibu. Meskipun substansi yang pecah ini tidak membahayakan pertumbuhan janin, namun rasa sakit yang luar biasa boleh menyebabkan kelahiran pramatang ataupun keguguran.
Doktor biasanya akan memberikan ubat tahan sakit yang sesuai bagi Ibu dan janin sambil terus membuat pemerhatian pada cyst tersebut. Biasanya cyst mengecil dan menghilang dengan sendirinya pada trimester kedua kehamilan. Jika tiada juga tanda-tanda mengecil ataupun pecah, operasi pembedahan mungkin disarankan.

Comments