Kanser prostat terjadi di dalam kelenjar prostat. Doktor mempercayai bahawa kanser prostat bermula dari perubahan yang sangat kecil ukurannya dan bentuk seperti sel-sel kelenjar prostat. Perubahan ini dikenali sebagai PIN (prostatic intraepithelial neoplasia). Hampir separuh dari pesakit yang menghidapi PIN setelah berusia 50 tahun dan ke atas. Pesakit yang mengalami PIN akan mengalami perubahan sel-sel kelenjar prostat.
Apabila anda sudah melakukan biopsi prostat yang menunjukkan PIN, kemungkinan besar terdapat sel-sel kanser di dalam prostat. Oleh yang demikian , anda perlu membuat pemeriksaan yang kerap .
Untuk memahami lebih lanjut tentang kanser ini, mari kita pelajari anatomi prostat lelaki.
Anatomi Prostat Lelaki
Kelenjar prostat merupakan satu kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak tepat di bawah pundi kencing dan di hadapan dubur. Saiz kelenjar prostat adalah sebesar buah walnut dan mengelilingi sebagian dari salur perkumuhan. Kelenjar prostat akan menghasilkan cecair yang membentuk sebahagian dari air mani .
Punca Kanser Prostat?
Penyebab kepada kanser prostat masih belum dapat diketahui, tetapi ada beberapa perkara yang dapat meningkatkan risiko seseorang itu untuk terkena kanser prostat, diantaranya faktor usia dan asal-usul keluarga. Faktor hormon, obesiti, dan toksin juga disebut sebagai faktor risiko kanser prostat walaupun kaitannya masih belum pasti.
Simptom Kanser Prostat?
Kanser prostat tahap awal, tidak menunjukkan gejala atau tanda. Setelah kanser itu berkembang, barulah muncul simptom-simptom. Simptom yang muncul kebiasaannya menyerupai simptom BPH (Benign Prostatic Hyperplasia), iaitu penyakit prostat yang dapat dikawal dan sering dijumpa pada lelaki yang lanjut usia. Akibatnya, kedua penyakit ini sukar untuk dibezakan sehingga memerlukan pemeriksaan yang dapat mengesan kanser tahap awal sekaligus membezakan antara kanser prostat dan BPH.
Berikut beberapa simptom yang selalu ditemui pada pesakit kanser prostat:
- Kerap buang air kecil, terutama pada waktu malam
- Sukar untuk buang air kecil atau menahan air kecil
- Aliran air kecil lemah atau terganggu
- Sakit atau pedih ketika buang air kecil
- Terdapat darah pada air kecil atau air mani
- Gangguan seksual , seperti sulit tegang atau sakit ketika memancutkan air mani
- Sering kejang pada bawah punggung, pinggul atau paha
Pengesanan peringkat awal Kanser Prostat?



Comments
Post a Comment