Liver atau hati adalah organ kelenjar terbesar dalam tubuh manusia. Beratnya sekitar 1.3 kg (orang dewasa). Terletak di bahagian kanan tubuh, dibawah diafragma.
Hati memiliki dua bahagian besar, yang disebut sebagai lobus kanan dan kiri. Kantung hempedu (gallbladder) terletak di bawah hati, bersama-sama dengan bahagian-bahagian dari pankreas dan usus. Hati dan organ-organ ini bekerjasama untuk mencerna, menyerap, dan memproses makanan.
Gambar anatomi hati manusia
Fungsi utama liver atau hati adalah untuk manapis darah yang dibawa dari saluran pencernaan, sebelum dibawa ke seluruh tubuh. Hati juga akan menyahtoksin dan menghasilkan metabolisme sebagai antibodi di dalam tubuh. Dalam proses ini, hati mengeluarkan hempedu, yang merupakan cecair hasil daripada “pembakaran” sel-sel darah yang sudah tua atau mati. Cairan hempedu yang masih bermanfaat akan digunakan lagi oleh tubuh untuk pembentukkan sel darah yang baru dan yang sudah tidak digunakan akan dibuang melalui ginjal dan usus kecil.
Hati juga menghasilkan protein penting bagi pembekuan darah dan fungsi-fungsi lain seperti menyimpan vitamin dan mineral (vitamin A, D, K dan B12), mengimbangi kadar glukosa dalam darah, dan menghasilkan 80% kolesterol dalam tubuh.
Keadaan hati atau liver anda:
Hepatitis: Radang hati atau liver kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan virus seperti hepatitis A, B, dan C. Hepatitis juga boleh disebabkan kerana kerap mengambil minuman beralkohol, ubat-ubatan atau obesiti.
Fibrosis: Setelah terjadinya keradangan hati atau liver akan dibaikpulih dengan membentuk bekas luka atau parut kecil. Parut ini disebut “fibrosis”, yang membuat hati lebih sukar untuk berfungsi.
Sirosis: kerosakan jangka panjang hati akan mengakibatkan jaringan parut semakin banyak terbentuk dan akan mula bersambung (permanent), yang disebut sirosis. Hati kemudian tidak dapat berfungsi dengan baik.
Kanser Hati: Kanser hati kerap kali terjadi setelah sirosis.
Kegagalan Hati: Sewaktu sirosis bertambah parah, hati tidak dapat menapis kotoran, racun, dan ubat yang ada di dalam darah. Hati tidak lagi dapat menghasilkan “clotting factor” untuk menghentikan pendarahan dan juga pendarahan pada usus sering terjadi. Pada masa ini, pemindahan hati adalah satu-satunya pilihan.
Ascites: Kesan dari sirosis, terjadi kebocoran cecair (ascites) dari hati/liver ke dalam perut, yang menyebabkan perut membuncit dan memberat.
Batu Hempedu: Jika batu hempedu terperangkap di dalam saluran hempedu yang mengeringkan hati, ini akan menyebabkan terjadinya hepatitis dan jangkitan saluran empedu (kolangitis).
Kolangitis Sclerosing Primer: Sejenis penyakit yang jarang berlaku dan penyebabnya tidak diketahui iaitu dinamakan kolangitis sclerosing primer.Penyakit ini menyebabkan keradangan dan tisu berparut pada saluran hempedu di hati.
Sirosis Bilier Primer: Penyakit yang jarang terjadi , ini satu proses tidak jelas dimana secara perlahan-lahan boleh merosakkan saluran hempedu di hati dan akan mengakibatkan sirosis.


Comments
Post a Comment