Skip to main content

Kanser Limfoma



Limfoma adalah sejenis kanser yang tumbuh akibat perubahan genetik (mutasi) sel limfosit (sel darah putih yang bertanggungjawab ke atas pertahanan tubuh). Mutasi ini kebiasaannya akan menyerang bahagian tepi (lineage) sel B, sel T, ataupun sel NK.
Pada masa ini, sebanyak 43 jenis limfoma yang telah dikategorikan seperti Limfoma Hodgkin dan Limfoma Non-hodgkin (NHL). Ini diklasifikasikan berdasarkan jenis sel yang mengalami mutasi iaitu B cell, T cell, ataupun natural killer cell tumor. Analisis WHO , sekitar 1.5 juta orang di dunia menghidapi NHL dan 300 ribu orang meninggal kerana penyakit ini setiap tahun. Sekitar 55 peratus dari NHL jenis yang agresif dan tumbuh dengan cepat (contoh: Limfoma Burkitt). NHL merupakan kanser ketiga yang mengalami pertumbuhan yang cepat setelah kanser kulit dan paru-paru. NHL banyak terjadi pada orang dewasa dengan angka tertinggi pada anggaran usia 45-60 tahun. Semakin meningkat usia semakin tinggi risiko untuk dijangkiti limfoma disebabkan daya ketahanan tubuh yang menurun.
Untuk mengenali dengan lebih lanjut limfoma, kita perlu mengetahui dengan mendalam tentang sistem limfatik tubuh.
Sistem limfatik merupakan system pertahanan semulajadi tubuh terhadap jangkitan. Sistem ini bekerja melalui cecair limfatik dalam saluran.
Cecair limfatik merupakan cecair putih yang menyerupai susu yang mengandungi protein, lemak dan limfosit (jenis sel darah putih). Limfosit terdiri dari dua jenis, iaitu sel B dan T.
Sel B adalah kilang yang menghasilkan protein, disebut antibodi yang digunakan untuk menyerang bakteria.
Mereka memeriksa sel tubuh beberapa kali dalam sehari untuk melihat jika ada sel-sel yang rosak. Jika ditemui sel yang sakit atau sel yang rosak, limfosit akan memusnahkannya.
Organ organ yang berkaitan dengan penghasilan dan peredarannya adalah limpa (spleen), kelenjar timus, sum sum tulang dan amandel (tonsil). Limfoma kebiasanya akan menyerang organ-organ ini.
Sehingga kini, penyebab kepada penyakit limfoma belum diketahui.Hanya ada empat kemungkinan penyebabnya iaitu faktor keturunan, berbeza sistem perlindungan badan, jangkitan virus atau bakteria dan toksin (racun rumpai, pengawet, pewarna kimia).
Simptom Limfoma:
  • pembengkakan saluran pada kawasan leher, ketiak atau pangkal peha
  • penurunan berat badan secara mendadak
  • rasa lelah yang terus menerus
  • batuk-batuk dan sesak nafas
  • gatal-gatal
  • demam
  • berpeluh pada waktu malam
Biasanya pesakit hanya memiliki benjolan atau pembengkakan pada saluran di leher. Disebabkan itu tidak ada simptom khas, kebanyakan pesakit limfoma akan dikesan ketika penyakit semakin teruk dan ini menyukarkan rawatan.
Rawatan Limfoma:
Perubatan kanser jenis ini bergantung dari jenis limfoma itu sendiri. Limfoma indolen biasanya berkembang lambat sehingga hanya dipantau sahaja tetapi dalam keadaan berwaspada.
Jika ia menunjukkan symptom atau tanda, maka radioterapi atau kemoterapi akan dijalankan. Meskipun hal ini tidak menyembuhkan limfoma, ianya dapat mengurangkan simptom, terutama limfadenopati (pembengkakan limpa yang biasanya menyakitkan).
Limfoma Hodgkin biasanya dirawat dengan radioterapi saja, asalkan ia belum merebak. Penyakit NHL memerlukan kemoterapi berterusan, kadang-kadang disusuli dengan radioterapi.
Limfoma agresif, seperti NHL cepat tumbuh dan berjangkit. Jika dibiarkan tanpa perubatan, pesakit mungkin akan meninggal dalam jangka enam bulan sahaja. Diagnosis dan perubatan yang dilakukan seawal mungkin,mungkin dapat meningkatkan harapan untuk hidup.

Comments