Skip to main content

Khasiat Daun Belalai Gajah Di Akui



Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutams (Burm F), dewasa ini hangat diperkatakan boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis, buah pinggang dan banyak lagi. Walaupun tidak ada bukti saintifik tetapi telah ada pesakit kanser yang telah sembuh atau kesihatan bertambah baik setelah mengamalkan daun belalai gajah ini.

Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan selama ini yang ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat. Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisa budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuhkan pelbagai penyakit sejak zaman berzaman.

Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan set-sel sihat dalam tubuh badan manusia.




DAUN BELALAI GAJAH SESUAI UNTUK PESAKIT :

  • Kanser
  • Buah Pinggang
  • Radang Prostat
  • Kolesterol
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Asid Urik Tinggi (Gout)
  • Diabetes (Kencing Manis)
  • Salur Darah Tersumbat
  • Cyst
  • Endometriosis
  • PCOS
  • Masalah Dalam Wanita

Kajian mendapati bahawa daun ini mampu membuang toksin dalam badan disamping mengurangkan keletihan. Ia tidak mengandungi toksik dan mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti MIng GHuan Taiwan, Daun Belalai Gajah terbukti sebagai agen anti oksidan yang baik. Fungsi anti oksidan sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Daun Belalai Gajah bukan sahaja berfungsi sebagai agen anti oksidan, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser. Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan alam semulajadi merupakan langkah alternatif yang terbaik.

Comments