Skip to main content

DAUN BELALAI GAJAH





Pokok belalai gajah ataupun Clinacanthus nutans adalah salah satu jenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur pengubatan. Pada awalnya ia digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa, kemudiannya digunakan untuk merawat jangkitan virus pada kulit (herpes zoster ataupun kayap). 


Pokok Clinacanthus terletak di bawah keluarga Acanthaceae   dan terdapat dua sepsis Clinacanthus iaitu  Clinacanthus nutans dan Clinacanthus siamensis. Kedua2 spesis ini di dapati di Asia Tenggara. C. nutan ataupun belalai gajah ataupun Snake Grass adalah pokok belukar yang tumbuh menegak sehingga 1 meter, digunakan dengan meluas oleh penduduk Thailand, Malaysia dan China. Nama belalai gajah diambil daripada sifat batangnya yang melengkung bagi menampung berat daun. Di Thailand ianya dikenali sebagai Saled Pangpon Tua Mea ataupun Phaya Yor.


Secara tradisional, hanya bahagian daun belalai gajah sahaja digunakan untuk mengubati penyakit. Daun dimakan secara mentah, sebagai sayur ataupun jus yang dicampurkan bersama jus. Ia juga kadangkala disediakan dalam bentuk minuman teh. 


Daun yang kering digunakan untuk disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti virus kayap manakala daun segar digunakan untuk merawat patukan ular tedung senduk. Ianya juga digunakan untuk merawat gigitan serangga dan ruam di kulit. 


Kebelakangan ini daun belalai gajah ini digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merawat kanser. Lain-lain dakwaan keberkesanan daun belalai gajah adalah di dalam rawatan penyakit diabetes, sakit sendi, ubat sakit, anti-keradangan dan juga antioksidan.


Comments